Sejarah Kesatuan

Sejarah Perjawatan Pembantu Penguatkuasa Selangor

2008
-Perjawatan Pembantu Penguatkuasa di dalam Kerajaan Negeri Selangor bermula dengan perjawatan secara sambilan(gaji hari).Pada tahun 1997 perjawatan tersebut telah ditukar kepada perjawatan secara kontrak sehingga tahun 2008.
-Pada tahun 2008 perjawatan tetap telah diwujudkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor(SPN).Sejurus itu Pembantu Penguatkuasa telah di hantar di Daerah-Daerah di dalam Negeri Selangor.
-Pada penghujung tahun 2008 tercetusnya idea bagi penubuhan kesatuan Pembantu Penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah Negeri Selangor bagi memantapkan organisasi Pembantu Penguatkuasa seluruh Negeri Selangor Khususnya.

Penubuhan Kesatuan

4 Mac 2009
-Penubuhan Kesatuan Pembantu Penguatkuasa bermula di Daerah Hulu Selangor yang menjadi tuan rumah di mana perjumpaan kali pertama semua Pembantu Penguatkuasa Negeri Selangor diadakan pada:
tarikh : 10hb Mac 2009 (Selasa)
Masa : jam 10.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Sri Kubu (PDHS)

10 Mac 2009
-Perjumpaan kali pertama diadakan dimana kehadiran terdiri daripada 3 orang wakil Pembantu Penguatkuasa setiap daerah.
-Mesyuarat bersetuju melantik barisan AJK Penaja penubuhan kesatuan yang beralamat di
Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor,
Jalan Bukit Kerajaan ,44000,
Kuala Kubu Bharu,Selangor D.E

-Kesemua ahli menyokong kuat penubuhan kesatuan ini dan memberi kerjasama yang padu.



17 Jun 2009
Permohonan Pendaftaran kesatuan Sekerja (borang b)
-Nama yang dicadangkan untuk didaftar ialah Kesatuan Pembantu Penguatkuasa Pejabat Daerah Tanah Negeri Selangor beralamat di No 437/5,JKR Kuarters,Jalan Hospital,44000,Kuala Kubu Bharu,selangor


8 Oktober 2009

-Pada tarikh ini permohonan mewujudkan kesatuan telah berjaya didaftarkan sebagai kesatuan sekerja di bawah Seksyen 12(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan bernombor pendaftaran 1024.


14 November 2009

-Perjumpaan Ajk penaja Kesatuan dengan pegawai Kesatuan Sekerja di adakan di Bilik Mesyuarat Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi mendapat nasihat dan memahami dengan lebih mendalam pematuhan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Perlembagaan kesatuan sekiranya diwujudkan


14 Mac 2010

-Mesyuarat Agong kali pertama bagi Kesatuan Pembantu Penguatkuasa PDT Negeri Selangor telah diadakan bertempat di : Dewan Generasi warisan Ijok
Jam : 0900 pagi.